• Utama

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah - PDT Manjung

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

                       
YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, D.P.M.P., A.M.P.

Pegawai Daerah Manjung

No. Tel.  : 05-6881120
No. Faks : 05-6882106

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

      • Membantu Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
      • Menentukan keperluan keselamatan ICT;
      • Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT serta pengurusan risiko dan pengauditan;
      • Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Pencapaian dan Pengiktirafan


      Tahun      

Pencapaian dan Pengiktirafan

2018 Dalam pelaksanaan menuju pensijilan EKSA
2017 Penerima bagi Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AiPDT)
2016 Penarafan 4 Bintang dalam Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan
2015 Penarafan 4 Bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Negeri Perak (SSR)
2014 Penarafan 5 Bintang dalam Penilaian Portal dan Laman Web oleh MDEC
2014 Pengiktirafan Mencapai Sasaran bagi Kutipan Keseluruhan Hasil Tanah 2014
2014 Johan Pertandingan Boling Persahabatan Antara Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dan Kastam Daerah Manjung
2013 Penarafan 4 Bintang dalam Penilaian Portal dan Laman Web oleh MDEC
2012 Tempat Kedua Anugerah Kaunter Terbaik dalam Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu
2012 Penarafan 3 Bintang dalam Audit Indeks Akauntabiliti (AI)
2011 Pengiktirafan Mencapai Sasaran bagi Kutipan Keseluruhan Hasil Tanah 2011
2007 Tempat Pertama dalam Anugerah Pengurusan Projek - Projek Pembangunan Daerah
2007 Tempat Kedua dalam Anugerah Pengurusan Projek - Projek Pembangunan Daerah
2007 Johan Keseluruhan Pertandingan Sukan Air
2004 Tempat Kedua Pertandingan Kontinjen Terbaik Kawad Antara Daerah dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2004
2004 Tempat Ketiga dalam Anugerah Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan Terbaik
2003 Tempat Ketiga dalam Pertandingan Laman Web Jabatan Terbaik
2003 Tempat Ketiga dalam Pertandingan Laman Web Jabatan Terbaik
2003 Tempat Ketiga dalam Pertandingan Laman Web Jabatan Terbaik
2002 Tempat Pertama dalam Pertandingan Laman Web Jabatan Terbaik Kategori Jabatan Negeri

Perutusan Pegawai Daerah

Selamat datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, pintu masuk ke daerah Manjung.

Melalui portal ini, saya berharap orang ramai dapat berinteraksi dengan Pejabat Daerah dan mengenali Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dengan lebih dekat. Portal ini menghimpunkan halaman-halaman utama dari aspek sosio-ekonomi, pelancongan, pertanian dan perindustrian.

Adalah menjadi harapan saya agar orang ramai memperolehi maklumat yang diperlukan berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Orang ramai sebagai pengguna harus peka dengan pembangunan di daerah sendiri. Kesedaran sedemikian secara tidak langsung dapat membantu anda khasnya penduduk Daerah Manjung menikmati kemudahan pembangunan yang disediakan serta peluang-peluang yang boleh disertai dalam pembangunan sosio-ekonomi Daerah Manjung.

Dengan keluasan kira-kira 1168.9 kilometer persegi, Daerah Manjung adalah daerah yang kedua terkecil di Negeri Perak selepas Daerah Kerian. Sebaliknya dari segi kepesatan kemajuan, daerah ini menduduki tempat ketiga di belakang Bandaraya Ipoh dan Daerah Larut Matang dan Selama. Kemajuan yang dicapai ini adalah hasil usaha gigih kerajaan dan sektor swasta.

Sektor utama ekonomi di Daerah Manjung adalah pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Sektor kecil pelancongan adalah aktiviti yang terserlah di daerah ini dengan Pulau Pangkor dan kawasan di sekitar pekan Lumut merupakan destinasi pelancongan yang utama. Objek pelancongan yang utama di daerah ini ialah keindahan pantai, pulau dan alam semula jadi. Untuk mengalami dan menikmati kemudahan tersebut kunjungilah Daerah Manjung. Maklumat mengenai lokasi dan kemudahan pelancongan disediakan di dalam laman ini.

Manjung mempunyai potensi dan ruang untuk terus berkembang maju dari segi fizikal. Kemudahan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan Raja Permaisuri Bainun telah memberi impak yang besar kepada kemajuan daerah ini. Ini ditambah pula dengan projek besar yang dibangunkan oleh sektor swasta seperti Lekir Island Reclamation Project, TNB Power Plant, Segari Energy Venture serta projek-projek besar yang masih dalam perancangan iaitu Teluk Muruh Reclamation Project dan Marine City Resort Development Project yang akan menambahkan lagi kepesatan pembangunannya.

Halaman ini disediakan sebagai jendela untuk Pejabat Daerah melihat keluar dan orang ramai melihat ke dalam. Ia merupakan tingkap yang membuka pandangan anda terhadap perspektif luas tentang Daerah Manjung.

(YBHG. DATO' MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP, D.P.M.P., P.M.P., A.M.P.)
Pegawai Daerah Manjung