• Utama

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah - Profil Organisasi

Profil Daerah

Sejarah Daerah Manjung

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada di bawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan di antara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Peta Daerah Manjung

Peta Daerah Manjung

Luas Daerah Manjung
Daerah Manjung yang berkeluasan 116,800 hektar atau 1168.9 km persegi terbahagi kepada 5 mukim iaitu :
  • Mukim Beruas (10 kampung)
  • Mukim Lekir (10 kampung)
  • Mukim Lumut (11 kampung)
  • Mukim Pengkalan Bharu (12 kampung)
  • Mukim Sitiawan (14 kampung)
Setiap mukim diketuai oleh seorang Penghulu dan dibantu oleh ahli JKKK masing - masing.

Senarai kampung di setiap mukim

Mukim Beruas
1. Kg. Kedah
2. Kg. Kilang
3. Kg. Tualang / Buruk Bakul
4. Kg. Paya Ara
5. Kg. Kota
6. Kg. Bakar Bata
7. Kg. Dendang
8. Kg. Changkat
9. Kg. Tengah
10. Kg. Pintu Gerbang

Mukim Lekir
1. Kg. Batu 10
2. Kg. Pasir Pandak
3. Kg. Batu 8
4. Kg. Sungai Tiram
5. Kg. Kayan
6. Kg. Tanjung Kepah
7. Kg. Batu 14
8. Kg. Batu 15
9. Kg. Desa Pemarak
10. Kg. Tersusun Batu 7

Mukim Lumut
1. Kg. Batu 3 Segari
2. Kg. Tersusun Pundut / Lumut
3. Kg. Bharu (L) Ayer TAwar
4. Kg. Padang Tembak / Teluk Muruh
5. Kg. Telaga Nenas (L) Ayer Tawar
6. Kg. Teluk (L) Ayer Tawar
7. Kg. Teluk Gedong, Pulau Pangkor
8. Kg. Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor
9. Kg. Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor
10. Kg. Teluk Dalam, Pulau Pangkor
11. Kg. Telok Kecil

Mukim Pengkalan Bharu
1. Kg. Pengkalan Bharu
2. Kg. Matang Acheh
3. Kg. Tanjung Ara
4. Kg. Matang Kerian
5. Kg. Indah
6. Kg. Sungai Batu
7. Kg. Tebuk Yan
8. Kg. 40 Rantai
9. Kg. Beting Luas
10. Kg. Segari
11. Kg. Panchor
12. Kg. Pantai Remis

Mukim Sitiawan
1. Kg. Sitiawan
2. Kg. Serdang
3. Kg. Deralik
4. Kg. Lumut Kiri
5. Kg. Dato' Seri Kamaruddin
6. Kg. Teluk Penchalang
7. Kg. Pasir Panjang Laut
8. Kg. Sungai Wangi
9. Kg. Sungai Ramai
10. Kg. Ayer Tawar
11. Kg. Paya Nibong
12. Kg. Changkat Chermin
13. Kg. Banjar
14. Kg. FELCRA Lekir

Kawasan Parlimen di Daerah Manjung adalah Beruas (P.068) dan Lumut (P.074) manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Pengkalan Bharu (N.36), Pantai Remis (N.37), Sitiawan (N.50), Pasir Panjang (N.51) dan Pangkor (N.52)

Penggunaan Tanah

Luas Tanah Milik


Kependudukan

Komposisi Kaum         Komposisi Kaum


Kemudahan Pendidikan

Pusat Pengajian Tinggi di Daerah Manjung


1. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET)
2. Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
3. Kolej Perikanan Malaysia, Kg Acheh

Bilangan Sekolah Menengah di Daerah Manjung

Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Vokasional Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Menengah Agama (SABK)
19 0 1 0 0 1

Bilangan Sekolah Rendah di Daerah Manjung

Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sekolah Kebangsaan (Khas) Sekolah Rendah Agama (SABK)
42 24 15 0 0

Kemudahan Kesihatan

Jenis Bilangan
Hospital Awam 1
Hospital Tentera 1
Hospital Swasta 4
Pejabat Kesihatan 1
Poliklinik Komuniti 7
Klinik 1Malaysia 1
Klinik Desa 23
Klinik Pergigian Kerajaan 25
Klinik Swasta 75
Klinik Pergigian Swasta 13
Farmasi Swasta 29

Kawasan Pelancongan di Daerah Manjung
Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah) - telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.
Taman Esplanade, Lumut (rekreasi)
Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
Teluk Senangin (pantai)
Pasir Bogak (pantai)
Teluk Nipah (pantai)
Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
Pangkor village (pantai)
Kota Belanda Pangkor (sejarah)
Batu Bersurat (sejarah)
Pangkor Laut (resort)
Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
Teluk Segadas Pangkor
Jambatan Gantung (rekreasi)
Damai Laut Resort
Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
Kampung Bharu (sukan air)
Kampung Teluk (pertanian)
Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)
Muzium Beruas (bahan sejarah)
Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh) (jeti dan pelancongan)

Terdapat dua buah bukit yang menjadi tempat rekreasi popular di daerah Manjong iaitu :
Bukit Engku Busu di Lumut
Bukit Pangkor di Pulau Pangkor.
Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.

Mukim dan Pekan di Daerah Manjung
Mukim Beruas
Mukim Lekir
Mukim Lumut
Mukim Pengkalan Baharu
Mukim Sitiawan
Bandar Lumut
Pekan Ayer Tawar
Pekan Beruas
Pekan Changkat Keruing
Pekan Damar Laut
Pekan Kampong Baharu
Pekan Kampong Koh
Pekan Kampong Sitiawan
Pekan Pangkor
Pekan Pantai Remis
Pekan Pasir Bogak
Pekan Gurney
Pekan Pengkalan Baharu
Pekan Segari
Pekan Sitiawan
Pekan Sungai Pinang Kechil

Masjid - Masjid di Daerah Manjung
Masjid An-Nur Pengkalan TLDM 32100 Lumut
Masjid Khairul Jariah Segari 32200 Lumut
Masjid Al-Adly Pekan Lumut 32200 Lumut
Masjid Sultan Idris Shah 11 Kampung Teluk Muroh 32200 Lumut
Masjid Arfiah Kampung Batu 3 Segari 32200 Lumut
Masjid Al Nuriah Kampung Changkat Cermin 32400 Ayer Tawar
Masjid Al-Falah Batu 16 32400 Ayer Tawar
Masjid Al-Ghufraniah Kampung Telok (l) 32400 Ayer Tawar
Masjid Al-rabbaniah Kampung Banjar 32400 Ayer Tawar
Masjid Aqsa Kampung Sungai Ramai 32400 Ayer Tawar
Masjid Darul Naim Kampung Bakar Bata 32400 Ayer Tawar
Masjid Lahamul Jaliah Kampung Bahru (l) 32400 Ayer Tawar
Masjid Poro'yiah Kampung Telaga Nenas 32400 Ayer Tawar
Masjid Rahmaniah Kampung Sungai Wangi 32400 Ayer Tawar
Masjid As-Saadah Pekan Beruas 32700 Beruas
Masjid At-Taufiqiah Kampung Pintu Gerbang 32700 Beruas
Masjid Ehsaniah Padang Serai, Batu Hampar 32700 Beruas
Masjid Jamek Kampung Kedah 32700 Beruas
Masjid Khairul Huda Kampung Dendang 32700 Beruas
Masjid Muhammadiah Kampung Kota 32700 Beruas
Masjid Al-Khairiah Kampung 40 Rantai 32500 Changkat Keruing
Masjid Sultan Idris Shah 1 Kampung Changkat Keruing 32500 Changkat Keruing
Masjid Az-zakiah Kampung Tanjung Kepah Lekir 32020 Sitiawan
Masjid Ikramiah Kampung Kayan, Lekir 32030 Sitiawan
Masjid Al Khairiah Batu 10 Lekir 32020 Sitiawan
Masjid Khairiah Batu 14 Lekir 32020 Sitiawan
Masjid Al-Nabawiah Felcra Gugusan Lekir 32000 Sitiawan
Masjid Al-rahmaniah Batu 8 Lekir 32020 Sitiawan
Masjid Al-Ismailiah Kampung Sungai Tiram 32020 Sitiawan
Masjid Al-Khairiah Kampung Sitiawan 32000 Sitiawan
Masjid An-Nasriyah Simpang Empat 32000 Sitiawan
Masjid Al-Wataniah Pasir Panjang Laut 32040 Seri Manjung
Masjid Nurul Hidayah Masjid Daerah Manjung 32040 Seri Manjung
Masjid Sultan Alang Iskandar Shah Kampung Dato Seri Kamaruddin 32040 Seri Manjung
Masjid Al-Aliah Pekan Pantai Remis 34900 Pantai Remis
Masjid Al-Khairiah Kampung Sungai Batu 34900 Pantai Remis
Masjid Hasaniah Kampung Panchor 34900 Pantai Remis
Masjid Nawawiah Pengkalan Baru 34900 Pantai Remis
Masjid Al-Khairiah Sungai Pinang Kecil 32300 Pulau Pangkor
Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor