• Utama
  • Icon Media
  • Galeri Audio

Sinar Harian : 12 Mei : ‘Surat nikah pun hangus...’

SITIAWAN - “Tak da yang tinggal, surat nikah pun hangus..,” demikian rintihan seorang daripada lebih 10 penghuni sebuah rumah kongsi di Kampung Tebok Haji Misbah, Ulu Kayan yang musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, kesemua pekerja ladang warga Indonesia berkenaan keluar bekerja di ladang sawit berhampiran.

Menurut seorang penghuni yang dikenali Sudarmono, 35, kejadian itu hanya disedari selepas dimaklumkan penyelianya yang datang mencarinya di ladang sebelum menghubungi bomba.

“Saya yang terkejut terus memberitahu rakan lain dan berlari ke rumah namun sebaik tiba luluh hati saya melihat api sudah marak membakar rumah.

“Kami tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barang berharga dan semua perkakas rumah termasuk televisyen serta surat nikah juga terbakar,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan mereka kerugian hampir RM20,000 apabila tiga bilik dan sebuah bilik penyimpanan itu musnah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.54 pagi sebelum dua jentera bersama 11 anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, api yang dipercayai bermula dari bahagian dapur sudah dipadamkan penghuni rumah berkenaan.

“Tiada mangsa terlibat, selain perkakas rumah, sebuah motosikal turut musnah,” katanya.

sumber : Sinar Harian Edisi Perak

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.