• Utama
  • Icon Media
  • Galeri Video

Sinar Harian : 4 Mei : 'Undi ringgit' kepada peniaga Islam

LUMUT- Pengguna umat Islam seharusnya memberi ‘undi ringgit’ kepada peniaga Islam terlebih dahulu bagi membantu memantapkan ekonomi mereka.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Perak, Datuk Zahar Hashim berkata, langkah itu boleh menyelamatkan peniaga terutamanya di kawasan luar bandar dari terus berdepan situasi ‘hidup segan mati tak mahu’.

Pihaknya mengakui, ketiadaan sokongan daripada pengguna Islam sendiri menyebabkan sebahagian peniaga berdepan masalah untuk menjana ekonomi dengan lebih baik.

“Sebab itu kita galakkan orang Islam untuk beri ‘undi ringgit’ kepada peniaga Islam terlebih dahulu, usaha ini jika berterusan akan dapat membantu mereka memperbaiki perniagaan.

“Tidaklah nanti berlaku peniaga Muslim di kawasan luar bandar diibaratkan seperti ‘hidup segan mati tak mahu’,” katanya selepas pelancaran kempen ‘Buy Muslim First’ dan produk House Of Mind Excellence (Home) iaitu sebuah pusat terapi untuk membantu pembelajaran Matematik, di sini.

Kempen ‘Buy Muslim First’ melalui pembelian t-shirt itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat membeli barangan keluaran orang Islam.

Zahar berkata, kempen itu bukanlah satu perkara rasis atau perkauman tetapi untuk memberi manfaat kepada peniaga Islam.

“Kita harap melalui kempen yang baru sahaja dilancarkan ini diharapkan dapat membantu peniaga-peniaga Muslim mengukuhkan lagi ekonomi masing-masing.

“Setakat ini sebanyak 30 syarikat bakal menaja kempen ini yang dijangka berlangsung selama dua hingga lima tahun akan datang,” katanya.

sumber : Sinar Harian Edisi Perak

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.