Bernama : 12 Mei : Enam Penjawat Awam Antara 88 Ditahan Dalam Ops Cegah Dadah

LUMUT, 12 Mei (Bernama) -- Enam penjawat awam antara 88 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak dalam Ops Cegah selama dua hari mulai semalam di sekitar Sitiawan dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Negeri, Mokhtarudin Mohamad berkata kesemua penjawat awam berumur lingkungan 27 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah pusat hiburan hiburan malam tadi selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis 'methamphetamine' atau syabu.

"Sejak operasi ini diadakan pukul 11 pagi semalam sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, kita telah memeriksa seramai 144 orang dan hanya 88 yang positif dadah.

Terdapat seorang perempuan berumur 18 tahun turut ditahan selepas saringan air kencing menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya kepada pemberita pada hari akhir operasi itu di sini hari ini.

Mokhtarudin berkata turut ditahan dalam operasi itu adalah tiga orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain 15 Orang Kena Pengawasan (OKP) yang semuanya positif dadah berdasarkan ujian air kencing.

Tambahnya lima paket heroine dan lima paket methamphetamine dengan berat satu gram setiap satu turut dirampas bersama beberapa peralatan menghisap dadah.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di bawak Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 pindaan 1998.

Katanya, operasi itu melibatkan 105 orang anggota daripada AADK, Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

-- BERNAMA

sumber : Bernama

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.