Soalan Lazim (FAQ)

Soalan :

Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat diterima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut ?


Jawapan :
Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan dikemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.



Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput ?


Jawapan :
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah. Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).



Soalan :
Bolehkah Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat ?


Jawapan :
Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip.


 


Soalan :
Bagaimanakah cara untuk membayar bil Cukai Tanah ?


Jawapan :
Cukai Tanah boleh dibayar di kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah, semua Pejabat Pos serta secara online melalui Perbankan Internet.



Soalan :
Adakah borang - borang untuk urusan tanah boleh dimuat turun ?

Jawapan :
Borang - borang untuk urusan tanah boleh didapati di Kaunter Pejabat Daerah dan Tanah serta boleh dimuat turun di sini.


Soalan :
Adakah kaunter untuk urusan pembayaran cukai tanah dibuka pada waktu rehat ?

Jawapan :
Ya. Kaunter untuk urusan pembayaran cukai tanah dibuka pada waktu rehat bagi memudahkan orang ramai membayar cukai tanah. Waktu urusan kaunter Hasil adalah seperti berikut :

Hari Waktu
Isnin - Khamis       8.15 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat

8.15 pagi hingga 12.15 petang
3.00 petang hingga 4.30 petang

 
Untuk sebarang soalan - soalan lain dan penerangan lanjut sila hubungi : 

Bahagian Khidmat Pengurusan          :  Encik Jamaludin bin Mat Noh (05-6881120)

Bahagian Pengurusan Tanah             :  Encik Supian bin Manap (05-6881120)

Bahagian Pembangunan Luar Bandar  :  Puan Sabarina binti Sabran (05-6881120)


 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.