Mesyuarat Pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung Bil 1/2018


Pada 26 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras Bawah telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Puan Laila Mazwin binti Zakaria. Turut dihadiri ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Ramdhatun Ajma binti Jemail, Penolong-penolong Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu Bahagian Mukim, Penolong Pegawai Tadbir serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Mesyuarat kali ini membincangkan status terkini setiap unit masing-masing didahului dengan Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Khidmat Pengurusan), Puan Norharyammie binti Hamzah. Beliau membentangkan mengenai:
 
  1. Bilangan perjawatan di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung;
  2. Struktur organisasi terkini;
  3. Pengemaskinian Sistem HRMIS bagi kakitangan;
  4. Pencapaian kursus Tahun 2017 dalam Sistem e-Latihan;
  5. Keselamatan;
  6. Pentadbiran:
  7. Aset; dan
  8. Kewangan

Seterusnya pembentangan dari Unit Teknologi Maklumat, Puan Amirah binti Abdul Rashid. Beliau juga membentangkan status terkini mengenai:
  1. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA);
  2. Dasar Keselamatan ICT (DKICT);
  3. Pelan Tindakan Inovasi;
  4. myMesyuarat; dan
  5. Portal / Laman Web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Seterusnya, Pegawai-pegawai Daerah bahagian masing-masing serta Penghulu Mukim membentangkan hal-hal berbangkit. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tghari.

Admin
Unit Teknologi Maklumat
31 Januari 2018


Cetak   Emel

Offcanvas