Bengkel Penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung


Bengkel Penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2018, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah diadakan pada 3 hingga 5 Februari 2018, bertempat di Hotel Hatten, Melaka yang melibatkan seramai 26 orang peserta termasuk urusetia.

Bengkel tersebut telah dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Laila Mazwin binti Zakaria, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dan diteruskan dengan Taklimat Pengurusan oleh urusetia. Perbincangan di antara bahagian dimulakan pada sebelah malam.

Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan perbincangan di antara bahagian. Pembentangan dan pemurnian SKT Pejabat Daerah dan Tanah Manjung diteruskan pada sebelah petang yang telah dimulakan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan diikuti dengan Bahagian Pengurusan Tanah dan Bahagian Pembangunan Luar Bandar dengan dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar).  

Para peserta bengkel bergerak pulang pada pukul 9 pagi keesokan harinya.

Admin
Unit Teknologi Maklumat
7 Februari 2018

Cetak   Emel