Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017

Pada 20 Februari 2018 bertempat di Dewan Besar, IKM Lumut telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017. Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Haji Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pegawai Daerah Manjung, Ketua-ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong-penolong Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Pejabat Daerah dan Tanah Manjung tahun 2017. Tidak lupa juga kepada YB. Dato' Rashidi bin Ibrahim, ADUN Pasir Panjang yang telah merasmikan majlis ini.

Tahniah juga kepada penerima-penerima bagi Anugerah Keterampilan, Anugerah Khas Pegawai Daerah serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Klik di sini untuk melihat gambar majlis.

Admin
Unit Teknologi Maklumat
21 Februari 2018

Cetak   Emel