Keadaan tiang dan struktur bangunan yang retak dikesan di bangunan tersebut.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di dalam dan sekitar Bangunan Letak Kereta Bertingkat di Jalan Dato' Maharajalela, di sini mulai esok kerana terdapat keretakan pada dinding bangunan.

Dalam satu kenyataan media, MBI turut memaklumkan bahawa tempoh larangan meletakkan kenderaan di situ akan dimaklumkan kemudian setelah kerja baik pulih dilakukan.


Pihak MBI akan menjalankan kerja-kerja baik pulih sementara bagi membolehkan kajian lanjut berkaitan kekuatan struktur dilaksanakan.

"Sehubungan itu, pihak MBI akan membuat bayaran balik sewaan letak kereta bertingkat bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 kepada penyewa yang berkenaan.

"Penyewa perlu ke Unit Letak Kereta, Tingkat 1, Jalan Bandar, di sini dengan membawa bersama salinan kad pengenalan penyewa, resit sewaan letak kereta bertingkat dan salinan muka hadapan akaun simpanan atau penyata akaun bank," katanya dalam kenyataan kepada media itu, hari ini.

Cetak   Emel