IPOH:Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Perak pada Perlawanan akhir Piala Malaysia 27 Oktober lalu akan dibawa menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada acara larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak di Kuala Kangsar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kesemua barisan pemain pasukan Perak akan hadir pada acara larian tersebut bagi meraikan kejayaan pasukan negeri Perak bersama orang ramai pada 11 November ini.

“Pada Ahad ini 11 November, kita akan menganjurkan satu larian sempena keputeraan Sultan dan pada program tersebut turut dihadiri sama pasukan bola sepak Negeri Perak yang berjaya menjadi juara dalam piala Malaysia pada tahun ini.

“Kita akan bawa piala, pemain serta pegawai bersama-sama dan saya mahu menjemput semua rakyat negeri Perak yang juga penyokong pasukan Perak meraikan kejayaan pasukan kita,” katanya selepas menghadiri sesi wawancara di Perak FM hari ini.
Turut hadir pada slot wawancara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A.Sivanesan.

Tambahnya Faizal lagi, piala itu akan dibawa menghadap kepada Baginda Sultan sebelum dipertimbangkan untuk dibawa berarak ke kawasan dan daerah di negeri ini kelak.

“Jika saya sendiri kalau ada kesempatan bersama para pemain akan membawa piala Malaysia ke daerah dan kampung agar semua rakyat dapat bersama para pemain meraikan kejayaan selepas 18 tahun piala ini pulang ke bumi Perak,” katanya.

Mengulas mengenai desakan sama ada Hasnul Zulkarnain Abd Munaim akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Perak (PAFA) atau tidak jelas Faizal semua pihak perlu bijak mengawal emosi menangani kontroversi tersebut.

“Saya dapati banyak desakan dan kencaman terhadap presiden Pafa tetang cara beliau mengendalikan piala tersbeut, saya menerima baik semua pandangan dan komen pada orang ramai dan telah berbincang denagn presiden sendiri tentang perkara yang beliau perlu lakukan.
“Namun perkara penting saya mahu katakan adalah cara kita mengurus kejayaan hari ini, kita telah berjaya membawa pulang piala ke bumi Perak selepas 18 tahun dan di musim akan datang kita akan bertanding untuk pertandingan lebih besar pada peringkat Asia jadi kita perlu bijak mengawal emosi.

“Bagaimana kita mahu mengawal kejayaan hari ini supaya akan ada kejayaan lain yang boleh kita bawa kelak tetapi dalam masa yang sama saya faham emosi para penyokong dan kita perlu cari jalan kaedah terbaik untuk memastikan apa juga kita lakukan tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada pasukan hingga mengakibatkan kejayaan itu menjadi hilang begitu sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, keutamaan kini diberikan untuk mengekalkan momentum kejayaan tersebut dan berusaha meredakan emosi para penyokong mengenai cara pengendalian piala itu.

Cetak   Emel