• Utama
  • Maklumbalas & Cadangan

Kami mahu memastikan laman web ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/maklumbalas berkaitan jabatan.

Captcha Image


Muhamad Fazrin ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan Jawatan Kosong

Saya ingin bertanya bagaimana untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Daerah & Tanah Manjung? Dan bila permohonan jawatan kosong selalunya dibuka?


Isnin, 07 Mei 2018
Permohonan Jawatan Kosong
Assalammualaikum WBT dan selamat petang,
 
Merujuk dari pertanyaan tuan bertarikh 7 Mei 2018 mengenai jawatan kosong, tuan boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak atau ke laman web Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak serta permohonan jawatan kosong itu tidak bergantung pada tarikh tertentu untuk dibuka pada umum.
 
Saya berharap maklumbalas ini dapat menjwab pertanyaan pihak tuan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Admin
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Selasa, 15 Mei 2018
Athirah Zainal ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Pertanyaan mengenai kekosongan pekerjaan

Assalammualaikum, saya Nur Athirah binti Zainal Abidin, graduan ijazah dalam bidang kewangan. saya ingin bertanya mengenai kekosongan kerja di Pejabat Tanah dan Daerah Manjung. Di harap pihak tuan dapat memberi jawapan secepat mungkin. Terima kasih.


Selasa, 06 Februari 2018
webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Pertanyaan mengenai kekosongan pekerjaan
pdtmanjung.perak.gov.my
Waalaikummussalam W.B.T,

Puan,

Untuk makluman, puan boleh memohon jawatan kosong melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak atau laman web rasmi Pejabat SUK Perak. Pautan laman web rasmi adalah seperti berikut:

1. Laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak - http://spa.perak.gov.my/
2. Laman web rasmi Pejabat SUK Perak - https://www.perak.gov.my

Sekian, terima kasih.

Pejabat Daerah dan Tanah Manjung,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. : 05-6881120
Faks : 05-6882106
E-Mel : pdtmanjung@perak.gov.my

pdtmanjung.perak.gov.my
https://www.facebook.com/pdtmanjung
https://twitter.com/PDTManjung

Rabu, 07 Februari 2018
pitt ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Pembayaran cukai tanah

Selamat pagi, bagaimana saya ingin membayar cukai tanah secara online?


Selasa, 12 Disember 2017
webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Pembayaran cukai tanah (online)
http://pdtmanjung.perak.gov.my/
Assalammualaikum W.B.T, selamat sejahtera dan salam Negaraku Malaysia,

Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, pembayaran cukai tanah secara online adalah melalui Sistem Bayaran Cukai Tanah secara online oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak. Tuan/puan boleh mengakses sistem ini di pautan berikut:

https://ptg.perak.gov.my/fpx/fpxtermcont.php. Selain itu, tuan/puan boleh muat turun panduan sistem ini melalui http://pdtmanjung.perak.gov.my/images/Panduan/PanduanPembayaranMelaluiFPX.pdf.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 13 Disember 2017
Irdina ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan Tanah
hi, selamat petang, nak Tanya macammana permohonan tanah?

 


Isnin, 11 Disember 2017
webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan Tanah
http://pdtmanjung.perak.gov.my/
Assalammualaikum W.B.T, selamat sejahtera dan salam Negaraku Malaysia,
Puan,

Mengenai permohonan tanah, pemohon perlu kenalpasti tapak yang ingin dimohon. Setelah itu, puan / pemohon perlu isi Borang Jadual 1 dengan lengkap dan hantar permohonan tersebut ke Pejabat Tanah yang berkaitan beserta bayaran permohonan.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 12 Disember 2017
Powered by Phoca Guestbook