Pusat Internet 1Malaysia dan Pusat Sumber Setempat

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Penubuhan PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (Pi1M) ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar,di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar.

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (Pi1M) diwujudkan di Sitiawan, Lekir, Pengkalan Bharu dan Pangkor bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat orang kampung tersebut.

Berikut adalah senarai Pusat Internet 1Malaysia:

1. Pusat Internet 1Malaysia - Sitiawan
Alamat : No. 62, Jalan Desa 4, Taman Desa Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak
Website : sitiawan.pi1m.my

2. Pusat Internet 1Malaysia - Lekir
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia, Dewan Kemas Lama, Batu 14 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak
Website : lekir.pi1m.my

3. Pusat Internet 1Malaysia - Pengkalan Bharu
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia, Jalan Pengkalan Baru, Pengkalan Baru, 34900 Pantai Remis, Perak
Website : www.celcom1cbc.com/kg-pengkalan-baharu

4. Pusat Internet 1Malaysia - Pangkor
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia Pulau Pangkor, Perpustakaan Awam Pulau Pangkor, Jalan Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Website : pangkor.pi1m.my

PUSAT SUMBER SETEMPAT (PSS) merupakan sebuah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perak  bagi membantu rakyat setempat mendapatkan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan dengan cepat dan efisien. Selain itu, ia juga menyediakan rakyat akses kepada maklumat serta menjadi saluran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri Perak yang lain agar ianya dapat nikmati bersama.

Berikut adalah senarai Pusat Sumber Setempat:

5. Beruas
Alamat : Pejabat Penghulu Mukim Beruas, 32700 Beruas Perak

6. Lumut
Alamat : Pejabat Penghulu Mukim Lumut, Teluk Muroh, 32200 Lumut Perak

Cetak   Emel