Piagam Pelanggan Pejabat

Kami beriltizam dalam memberikan perkhidmatan seperti berikut :
  • Setiap aduan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.
  • Menyelesaikan permohonan semua lesen dalam tempoh empat (4) minggu. 
  • Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang - kurangnya waktu pejabat. Bagi hari - hari tertentu, masa kutipan dilanjutkan.
  • Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa lima (5) hari bekerja.
  • Mengadakan kemudahan infrastruktur yang terbaik dan seberapa segera mengikut peruntukan yang diluluskan.
  • Berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
  • Menyediakan baucer bayaran projek dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kadar / pesanan kerajaan yang lengkap diterima.
  • Mendaftar dengan serta merta semua permohonan tanah yang lengkap.
  • Mendaftarkan hakmilik sementara bagi Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi urusan secara operasi 'One Stop Centre'
  • Mendaftar perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh dua (2) hari bekerja bagi setiap satu sijil.
  • Memastikan bil - bil cukai tanah dihantar kepada tuan - tuan tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.
  • Menyelesaikan permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.
  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik / gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak dalam tempoh dua (2) minggu.

Tags: Piagam Pelanggan

Cetak   Emel

Offcanvas