Bahagian Pembangunan Daerah

Piagam Pelanggan

  • Mengadakan kemudahan infrastruktur yang terbaik dan seberapa segera mengikut peruntukan yang diluluskan.
  • Berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
  • Menyediakan baucer bayaran projek dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kadar / pesanan kerajaan yang lengkap diterima.
  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.
Fungsi Bahagian Pembangunan Daerah
a. Unit Pembangunan Fizikal
i) Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah dan menyelia serta memantau laporan prestasi pelaksanaan projek – projek pembangunan dengan agensi kerajaan

ii) Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek – projek kecil

iii) Mengurus, menyedia dan memperakui spesifikasi kerja dan pelan – pelan kejuruteraan awam

iv) Menguruskan segala tuntutan pembayaran projek – projek yang telah siap dilaksanakan dengan sempurna

v) Menggerakkan mekanisme penyertaan orang ramai, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan serta memantau program / aktiviti berkaitan

vi) Menyelaraskan dan memantau perlaksanaan bagi projek negeri dan persekutuan
b. Unit Pembangunan Masyarakat
i) Menguruskan perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli JKKK

ii) Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan program / projek pembasmian kemiskinan tegar

iii) Menyelaras senarai nama dalam sistem e-Kasih untuk pembasmian kemiskinan

Cetak   Emel

Offcanvas