• Utama
  • Mengenai Kami
  • Unit dan Bahagian
  • Bahagian Pengurusan Tanah

Bahagian Pengurusan Tanah

Piagam Pelanggan

  • Mendaftar dengan serta merta semua permohonan tanah yang lengkap.
  • Mendaftarkan hakmilik sementara bagi Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi urusan secara operasi 'One Stop Centre'
  • Mendaftar perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh dua (2) hari bekerja bagi setiap satu sijil.
  • Memastikan bil - bil cukai tanah dihantar kepada tuan - tuan tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.
  • Menyelesaikan permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.
  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik / gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak dalam tempoh dua (2) minggu.
  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.



Fungsi Bahagian Pengurusan Tanah

a. Unit Pendaftaran
i) Menguruskan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga

ii) Menguruskan pendaftaran hakmilik baru, pengeluaran hakmilik sambungan, hakmilik gantian dan hakmilik pendua

iii) Memproses penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal

iv) Mendapatkan kebenaran YAB Menteri Besar untuk pindahmilik dan gadaian tanah

v) Memproses permohonan perintah jual

vi) Menyelenggara dan mengemaskini rekod – rekod pendaftaran hakmilik

b. Unit Hasil
i) Menguruskan kutipan

- Cukai tanah semasa
- Tunggakan cukai tanah
- Bayaran premium tanah dan pelbagai hasil

ii) Menyediakan penyata dan akaun kutipan

iii) Penguatkuasaan ke atas kegagalan membayar hasil

iv) Menyelenggara dan mengemaskini rekod – rekod kutipan hasil

c. Unit Pelupusan Tanah
i) Memproses permohonan – permohonan tanah kerajaan untuk mendapatkan hakmilik

ii) Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

iii) Memproses permohonan :

- Memperbaharui tempoh pajakan tanah
- Perizaban tanah
- Permit ruang udara
- Pemindahan bahan batuan
- Melombong

d. Unit Pembangunan Tanah
i) Menguruskan kutipan cukai tanah semasa :

- Tukar syarat
- Pecah bahagian
- Pecah sempadan
- Penyatuan tanah
- Penyerahan balik tanah

ii) Pengambilan balik tanah

iii) Permohonan izin lalu untuk TNB

iv) Permohonan Hak Lalu Lalang

e. Unit Teknikal dan Penguatkuasaan
i) Memproses permohonan – permohonan tanah kerajaan untuk mendapatkan hakmilik

ii) Menyediakan carta permohonan tanah

iii) Menyediakan perkhidmatan penjualan pelan

iv) Menyelia rekod – rekod pemilikan dan fahrasat lot Pejabat Tanah

v) Menyelenggara rekod – rekod dan data berkaitan setinggan, langgar syarat tanah dan pencerobohan tanah kerajaan

vi) Menyediakan permohonan ukur dan surihan penempatan

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.