• Utama
  • Pusat Media
  • Penerbitan

Sinar Harian : 2 Okt : Bekerja tanpa sebarang permit sah

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sembilan warga asing yang bekerja di dua bot nelayan tanpa sebarang permit kerja yang sah, Selasa lalu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Zulinda Ramly berkata, sebuah bot laju Maritim Malaysia bersama lima anggota sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Perak telah menahan dua bot berkenaan di posisi lebih kurang 18.5 dan 17.6 batu nautika dari Pulau Pangkor.

Menurutnya, empat warga asing dan seorang tekong warga tempatan berada di atas bot pukat tunda zon B manakala seramai lima lagi warga asing berkenaan berada di atas bot pukat tunda zon C.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, seramai tujuh warga asing melibatkan warganegara Myanmar dan dua lagi warganegara Indonesia yang bekerja di atas bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta telah melanggar syarat lesen di bawak Akta Perikanan 1985 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia iaitu awak-awak yang tidak mempunyai permit yang sah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua jenis bot berkenaan berpangkalan di Hutan Melintang. Pasukan Maritim kemudiannya mengiringi kedua-dua bot itu ke jeti Kampung Acheh bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing berusia 30 hingga 40 tahun itu akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963, Seksyen 6(1)© kerana memasuki Malaysia tanpa sebarang permit yang sah.

“Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RN10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan bertanggungjawab dengan sebatan tidak lebih enam kali sebatan.

“Manakala seorang tekong warga tempatan pula dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

sumber : Sinar Harian Edisi Perak

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.