• Utama
  • Aduan dan Maklum Balas

Post Message

Captcha Image


Mohd Hambali Bin Anuar ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ): Bil Cukai Tanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya ingin bertanya kenapa bil cukai tanah dah tak dihantar ke rumah saya. Sudah 2 kali bil tahun 2019 dan 2020 tak dihantar ke alamat rumah saya di taman lekir indah. Malahan surat merah/tertunggak pula sampai ke alamat rumah bapa saya. Cukai tahun 2018 dan sebelumnya pernah sampai ke rumah saya di taman lekir indah. Mohon pihak pejabat tanah daerah manjung maklumbalas kepada saya ASAP perkara ini sebelum saya ajukan perkara ini kepada pihak-pihak lain.

 

Sekian terima kasih.


Monday, 24 February 2020
NGA KHOR HAM ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ): Senarai Ketua Kampung di Daerah Manjung.

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Saya ingin tahu mengapa tidak dapat cari senarai nama Ketua Kampung MPKK di Daerah Manjung, Perak. Ini memberikan kesukaran terhadap orang awam dari luar kawasan yang ingin melawat atau melancong ke sesetengah Kampung Baru atau Pekan-pekan yang berada di dalam kawasan Daerah Manjung, Perak. Keadaan ini terjadi kerana mereka tak dapat cari senarai Ketua Kampung MPKK, Daerah Manjung, Perak di laman web ini!

Harap laman web ini boleh dipertingkatkan lagi di masa depan.

Semoga anda semua sihat walafiat.

Sekian terima kasih,

 

 

 


Wednesday, 19 February 2020
YUNUS BIN OSMAN ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ): Tandas Awam Lelaki

Asalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Ketika saya berada di PDT manjung untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan, saya dapati tandas awam lelaki gelap kerana kurang pencahayaan lampu dan kurang selesa. Ini membuatkan orang awam yang ingin menggunakan tandas tersebut kurang selesa. Saya sendiri tidak jadi untuk menggunakan tandas itu kerana kurang selesa dengan keadaan yang gelap dan tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Tempat mengambil wuduk juga berbau hancing, saya dapati mungkin ada orang awam yang keliru atau tidak nampak tanda amaran kerana keadaan yang gelap itu.

Diharap pihak PDT dapat menambah baik servis dan kualiti tandas awam lelaki untuk keselesaan orang awam yang menggunakannya.

Sekian, terima kasih


Monday, 17 February 2020
LING KIM SIA ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ): Permohonan Latihan Industri Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS Ke PDT Manjung

Selamat sejahtera, saya pelajar UTHM (Bachelor Degree Mathematics Technology )akan menjalani Latihan Industri dalam tempoh masa 21/06 - 28/08/2020 (10 minggu). Saya nak tanya Latihan Industri di PDT Manjung berkaitan apa kerja?


Tuesday, 14 January 2020
Mohd Nasiruddin Bin Mohd Mohktar ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ): Penukaran Alamat Surat Menyurat

Selamat sejahtera

 

Saya ingin bertanya bolehkah alamat surat menyurat ditukarkan ke alamat harta pemilik memandangkan saya sudah tidak menetap di alamat surat menyurat tersebut dan bagi memudahkan saya untuk menerima sebarang surat atau info dari pihak Pejabat Tanah Manjung di masa depan..

 

Terima Kasih


Tuesday, 24 December 2019
 
Powered by Phoca Guestbook
splwpk-feedback-form="splwpk-feedback-form"
splwpk-search-function="splwpk-search-function"