Majlis Bacaan Yassin Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Pada 12 Januari 2018 telah diadakan Majlis Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Haji Fauzi bin Rashid dari Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Selain itu juga, kata-kata aluan dari YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Encik SYamsul Hazeman bin Md Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah dari Bahagian Pembangunan Luar Bandar. Beliau akan bertukar ke Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK Perak. Tahniah diucapkan kepada Encik Syam. Seterusnya, majlis dimeriahkan dengan upacara penyampaian cenderamata kepada Encik Syamsul, penyampaian kad harijadi bagi bulan Januari 2018, upacara pemotongan kek serta sesi bergambar.

Majlis bersurai pada pukul 11 pagi dan jamuan makan telah diadakan pada waktu tersebut. Terima kasih kepada kakitangan yang terlibat.


Admin
Unit Teknologi Maklumat
12 Januari 2018

Print   Email

splwpk-search-function="splwpk-search-function"