• Utama
  • Aduan dan Maklum Balas

Kami mahu memastikan laman web ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/maklumbalas berkaitan jabatan.

Captcha Image


Cjj ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan menambah lampu jalan

Salam sejahtera tuan PDT,

Saya ingin membuat permohonan menambah lebih lampu jalan LED di beberapa tiang yang dinyatakan di beberapa lokasi Taman Sri Koh 1,32000 Sitiawan,Perak kerana lampu jalan yang sedia ada di beberapa lokasi tersebut tidak mencukupi dan akan menyebabkan jalan tersebut sangat gelap semasa waktu malam,keadaan ini sangat membahayakan kepada pengguna jalan raya semasa waktu malam.Sehubungan dengan itu,saya ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya boleh menambah beberapa lampu jalan LED di tiang yang dinyatakan demi keselamatan pengguna jalan raya.Besar hati saya sekiranya pihak tuan boleh mempertimbangkan permohonan saya.Segala kesulitan amat dikesali dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kerprihatian dari pihak tuan PDT.

 

No tiang:TH D 11/8,TH D 11/11,TH D 11/6,TH D 11/5,TH D 11/4,TH D 11/3,TH D 11/13 dan TSK C 8/2


Jumaat, 20 Mac 2020
Cjj ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan menaik taraf longkang

Permohonan menaik taraf longkang di lorong sri koh 4,taman sri koh 1,32000 sitiawan,perak.Besar hati saya sekiranya pihak tuan boleh mempertimbangkan permohonan saya dan boleh melaksanakan projek secepat mungkin.Segala kesulitan amat dikesali dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan kerprihatian dari pihak tuan PDT.


Jumaat, 20 Mac 2020
Mohd Hambali Bin Anuar ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Bil Cukai Tanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya ingin bertanya kenapa bil cukai tanah dah tak dihantar ke rumah saya. Sudah 2 kali bil tahun 2019 dan 2020 tak dihantar ke alamat rumah saya di taman lekir indah. Malahan surat merah/tertunggak pula sampai ke alamat rumah bapa saya. Cukai tahun 2018 dan sebelumnya pernah sampai ke rumah saya di taman lekir indah. Mohon pihak pejabat tanah daerah manjung maklumbalas kepada saya ASAP perkara ini sebelum saya ajukan perkara ini kepada pihak-pihak lain.

 

Sekian terima kasih.


Isnin, 24 Februari 2020
Webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Maklumbalas bil cukai tanah
https://pdtmanjung.perak.gov.my/
Assalammualaikum tuan,
 
Mohon tuan kemukakan nama penuh, no. telefon, salinan hakmilik dan alamat bagi tujuan semakan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pentadbir emel
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Selasa, 25 Februari 2020
Webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Senarai Ketua Kampung di Daerah Manjung
pdtmanjung.perak.gov.my
Selamat pagi tuan,
 
Pihak pentadbir laman web Pejabat Daerah dan Tanah Manjung mengambil maklum di atas aduan serta cadangan tuan. Kami memohon maaf kerana kesukaran tuan untuk mendapatkan maklumat terbabit.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pentadbir emel, 
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Khamis, 20 Februari 2020
NGA KHOR HAM ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Senarai Ketua Kampung di Daerah Manjung.

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Saya ingin tahu mengapa tidak dapat cari senarai nama Ketua Kampung MPKK di Daerah Manjung, Perak. Ini memberikan kesukaran terhadap orang awam dari luar kawasan yang ingin melawat atau melancong ke sesetengah Kampung Baru atau Pekan-pekan yang berada di dalam kawasan Daerah Manjung, Perak. Keadaan ini terjadi kerana mereka tak dapat cari senarai Ketua Kampung MPKK, Daerah Manjung, Perak di laman web ini!

Harap laman web ini boleh dipertingkatkan lagi di masa depan.

Semoga anda semua sihat walafiat.

Sekian terima kasih,

 

 

 


Rabu, 19 Februari 2020
YUNUS BIN OSMAN ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Tandas Awam Lelaki

Asalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Ketika saya berada di PDT manjung untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan, saya dapati tandas awam lelaki gelap kerana kurang pencahayaan lampu dan kurang selesa. Ini membuatkan orang awam yang ingin menggunakan tandas tersebut kurang selesa. Saya sendiri tidak jadi untuk menggunakan tandas itu kerana kurang selesa dengan keadaan yang gelap dan tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Tempat mengambil wuduk juga berbau hancing, saya dapati mungkin ada orang awam yang keliru atau tidak nampak tanda amaran kerana keadaan yang gelap itu.

Diharap pihak PDT dapat menambah baik servis dan kualiti tandas awam lelaki untuk keselesaan orang awam yang menggunakannya.

Sekian, terima kasih


Isnin, 17 Februari 2020
Webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Tandas Awam Lelaki
pdtmanjung.perak.gov.my
Selamat pagi tuan,
 
Pihak pentadbiran ini mengambil maklum di atas aduan serta cadangan tuan. Kami memohon maaf kerana kesukaran tuan ketika berada di Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pentadbir emel, 
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

Selasa, 18 Februari 2020
 
Powered by Phoca Guestbook
splwpk-feedback-form="splwpk-feedback-form"
splwpk-search-function="splwpk-search-function"