Kami mahu memastikan laman web ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/maklumbalas berkaitan jabatan.
MOHD ZAKARIA BIN MOHD ISA ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): permohona tanah
assalamualaikum dan salam sejahtera untuk maklumat tuan, puan saya ada mohon tanah peninggalan arwah ayah saya yang masih belum dapat hakmilik kekal dari tahun 1987 lagi. dan saya dipertanggungjawabkan oleh adik beradik untuk meneruskan permohoan tersebut, saya telah menghantar surat permohonan tanah ke pejabat tuan, dan setiap bulan saya ke pejabat tanah untuk tanyakan status permohon tersebut tetapi jawapannya tetap sama masih dalam proses selama 2 tahun berlalu saya pergi ke pejabat tanah tanya status, jawapan kena buat surat ke 2 untuk permohonan tanah. setelah surat di hantar saya kena bayar wang untuk plan... dan diberitahu tunggu sehingga di hubungi. sudah hampir 3 tahun menunggu masih belum ada jawapan.
Sabtu, 26 September 2020
Ahmad Faizin ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Aduan Kucing Jiran
Assalamua'alaikum dan Salam sejahtera.
Saya ingin mengadu pihak tuan mengambil tindakan terhadap jiran rumah saya beralamat No 13, Jalan Serdang Bistari 1, Taman Serdang Bistari 32000 Sitiawan
Mereka memiliki lebih dari 20 ekor kucing dengan keadaan tidak terurus menyebabkan kucing sering merosakkan hartabenda kawasan persekitaran, Bau najis dan juga kencing merata-rata.
Sekian Terima Kasih.
Ahmad Faizin
Selasa, 11 Ogos 2020
PARASAKTHY A/P SUBRAMANIAM ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): ADUAN TENTANG POKOK BESAR DI HADAPAN RUMAH YANG MEMBAHAYAKAN PENGHUNI RUMAH
Kepada,
MAJLIS PRBANDARAN DAERAH MANJUNG,PERAK
5 OGOS 2020
Saya Pn. Parasakthy a/p Subramaniam No. Kad Pengenalan 720301085964 telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Daerah Manjung tentang pokok besar yang tumbuh di hadapan rumah saya No. 559 FASA 2 J SERI Manjung, Perak. Saya telah datang ke pejabat Daerah Manjung pada tanggal 16/3/2020 untuk membuat aduan tentang pokok besar yang tumbuh di hadapan rumah saya. Pokok ini amat membahayakan penghuni rumah tersebut kerana dahan-dahan dan batang pokok yang jatuh mempunyai duri dan menyebabkan penghuni rumah mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa dirawat di hospital akibat terkena dahan duri yang tajam pada pokok tersebut. Pada 16 Julai saya telah datang dari Kuala Lumpur untuk membuat aduan secara bertulis bagi tindakan pihak tuan. Sejurus itu, mula PKPB dan PKPP dan saya faham Majlis perbandaran tidak dapat memantau hal tersebut. Sekarang kami minta jasa baik pihak tuan kerana penghuni rumah ialah seorang pesakit diabetis dan takut untuk keluar rumah sekiranya terpijak duri dahan lagi.
Amatlah besar harapan saya sekiranya pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya.
Sekian terima kasih.
(PARASAKTHY A/P SUBRAMANIAM)
NO.559 FASA FASA 2J
SERI MANJUNG PERAK.
Rabu, 05 Ogos 2020
Nasrol Hakim bin Jamaludin ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Mencari data mengenai cukai tanah
https://ptg.perak.gov.my/ecarian/hasil.php
Saya sudah masukkan data yg perlu namun tiada data ditemui dalam jawapan
Selasa, 16 Jun 2020
Cjj ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan menambah lampu jalan
Salam sejahtera tuan PDT,
Saya ingin membuat permohonan menambah lebih lampu jalan LED di beberapa tiang yang dinyatakan di beberapa lokasi Taman Sri Koh 1,32000 Sitiawan,Perak kerana lampu jalan yang sedia ada di beberapa lokasi tersebut tidak mencukupi dan akan menyebabkan jalan tersebut sangat gelap semasa waktu malam,keadaan ini sangat membahayakan kepada pengguna jalan raya semasa waktu malam.Sehubungan dengan itu,saya ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya boleh menambah beberapa lampu jalan LED di tiang yang dinyatakan demi keselamatan pengguna jalan raya.Besar hati saya sekiranya pihak tuan boleh mempertimbangkan permohonan saya.Segala kesulitan amat dikesali dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kerprihatian dari pihak tuan PDT.
No tiang:TH D 11/8,TH D 11/11,TH D 11/6,TH D 11/5,TH D 11/4,TH D 11/3,TH D 11/13 dan TSK C 8/2
Jumaat, 20 Mac 2020
Webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Permohonan menambah lampu jalan
pdtmanjung.perak.gov.my
Selamat pagi tuan,Pihak pentadbiran ini mengambil maklum di atas aduan serta cadangan tuan.Sekian, terima kasih.Pentadbir laman web,Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
Isnin, 23 Mac 2020
Webmaster ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Mencari data mengenai cukai tanah
pdtmanjung.perak.gov.my