• Utama

Kami mahu memastikan laman web ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/maklumbalas berkaitan jabatan.

Captcha Image


ASMIDAR BT AHMAD SALLEH ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): RAYUAN BANGUNAN TIDAK DI ROBOHKAN

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya  Asmidar bt Ahmad Salleh@Ahmad adalah antara penduduk kampong Lekir yang terlibat dengan notis arahan membuka struktur binaan.  Ini disebabkan projek pemasangan paip sepanjang jalan dari Batu 8 hingga Batu 12 Lekir.

 

2.            Kami ingin membuat rayuan terhadap notis arahan membuka struktur binaan, agar bangunan yang jaraknya jauh daripada jalan tidak di robohkan.  Ini melibatkan puluhan rumah kedai yang telah lama  beroperasi dan jaraknya lebih daripada 5 meter daripada gigi jalan.

 

3.            Kami amat menyokong semua aktiviti kerajaan dalam meningkatkan pembangunan daerah luar bandar dalam pemasangan paip air baru di sepanjang jalan, namun perlulah di pertimbangkan bangunan kedai yang sedia ada yang jaraknya jauh daripada jalan agar tidak dilibatkan sama. Bersama sama ini dilampirkan gambar gambar  sekitar kawasan jalan di tanah rizab yang telah dibuat bangunan dan jaraknya jauh lebih daripada 9 meter daripada jalan besar.

 

4.            Sekian, kerjasama dan pertolongan  daripada pihak tuan di dahului dengan ucapan jutaan 

 

sebarang info ctc saya 0194281569


Khamis, 31 Disember 2020
Timmy Facy ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Uqidewbgz
https://wordpress.org/plugins/user-registration-em
Hi Dear, I have found that your website is not filtering email address on contact forms. I am contacting you regarding the issue. Nowadays spam bots and content thieves are increased dramatically. In a solution to that, we have developed a new plugin to filter and stop all invalid emails on your site. The plugin uses realtime API to filter and validate all email address on your site when any user or bot try to steal your content or contact you through contact forms our plugin will stop these sort of spam emails for free*. We also have custom documentation regarding real-time API for non WordPress websites. You can hire our developers for FREE to integrate our service on your site. The plugin is 100% safe and verified and approved by Wordpress.org To give it a try you can search for *User Registration Email Validator* in WordPress add a new plugin or can easily download it from *https://wordpress.org/plugins/user-registration-email-validator/* If you have any queries or concerns about the plugin please feel free to contact us via the support page on a plugin. Or contact us directly via the emails checker support page. Best Regards, Emails Checker

Khamis, 31 Disember 2020
Nor Izzati ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Nilai Harga Batu 7 Lekir

Assalammualaikum w.b.t

Untuk pengetahuan Tuan, pada hari ini saya telah cuba menghubungi Pejabat Tanah Daerah Manjung, namun amat mendukacitakan talian saya tidak diangkat dan 'engaged',

Oleh yang demikian, saya inigin bertanya soalan tentang nilai harga semasa untuk lot tanah di Batu 7 Lekir.

Besar harapan saya untuk membalas email saya secepat yang mungkin bagi membantu orang awam seperti saya untuk mendapatkan info. Sejajar dengan visi Pejabat Tanah Manjung, "SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN"

 

Nor Izzati

0196128099

 

 


Rabu, 23 Disember 2020
Looi Tuan Chee ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Pemecahan Geran (Status Permohonan)

Salam sejahtera tuan/puan,

Saya Looi Tuan Chee pemilik tanah di atas Lot 12445 (GM 9767) telah membuat permohonan memecahkan bahagian tanah di lot yang dinyatakan pada tahun 2019. Majlis Perbandaran Manjung telah menghantar permohonan saya untuk diproses pada 26 Februari 2020. Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima apa-apa notis mengenai permohonan saya. Saya amat berharap pihak tuan/puan dapat memberitahu status permohonan saya dengan secepat mungkin. Segala kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Yang benar,

Looi Tuan Chee


Rabu, 18 November 2020
thirumal thevadas ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Ukur sempada lot rumah dan Penandaan semula bagi batu sempadan yang hilang

Salam.

saya ingin bertanya. rumah saya jenis berkembar (SEMI D ) mempunyai keluasan tanah. Pada awalnya saya membuat pagar hadapan rumah, saya tidak melakukan apa apa pembukaan pagar sempadan di bahagian tepi. hampir beberapa tahun yang lepas jiran saya telah membuka pagar sempadan tanpa kebenaran saya dan mendirikan dinding batu (separuh) dan telah mengalihkan lokasi asal pagar sempadan tanpa pengetahuan saya. 

berhubung kepada perkara ini, baru baru ini saya telah memerhati kerosakkan yang amat teruk kepada pagar sempadan dan ingin melakukan kerja pembaik pulihan dan pengantian pagar yang rosak, akan tetapi tidak dapat meneruskan kerja kerja penggantian kerana khuatir sempadan rumah saya telah diceroboh lebih lebih lagi dengan pendirian dinding baru. (separuh) saya memerhati 6"-10" sempadan rumah saya telah diceroboh apabila diukur sendiri.

untuk kepastian, apakah tindakan lanjutan yang saya harus lakukan supaya perkara ini dapat diselesaikan secara damai? perlukah saya melakukan ukuran dan penandaan sempadan secara rasmi?

keputusan saya untuk penggantian pagar baru adalah kerana jiran saya selalu mengaggu dan menceroboh kawasan rumah sewaktu ketidaan saya dan sering diganggu dengan najis anjing peliharaan mereka.

Mohon pencerahannya.


Selasa, 29 September 2020
 
Powered by Phoca Guestbook
splwpk-feedback-form="splwpk-feedback-form"
splwpk-search-function="splwpk-search-function"