Permohonan Pindahmilik Tanah

     

    Permohonan Pindahmilik Tanah

       
     

    Penerangan ringkas

    Pindahmilik tanah ialah memindahkan hak pemilikan tanah dari pemilik semasa kepada pemilik baru sama ada melalui pemberian kasih sayang, jual beli tanah atau Perintah Mahkamah.

     

    Borang yang digunakan

    Permohonan pindahmilik tanah hendaklah menggunakan Borang 14A yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

    Seksyen 215 KTN

     

    Permohonan pindahmilik jika ada sekatan kepentingan

    Perlu mendapatkan kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

    Permohonan dikemukakan kepada :

    • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
    • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
     

    Permohonan pindahmilik kepada bukan warganegara

    Perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri(PBN) kecuali tanah kategori industri.

    Seksyen 433BKTN

     

    Cara mengisi borang 14A

    Segala maklumat dalam Borang 16N boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

    Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

    • Majistret
    • Pengarah Tanah dan Galian
    • Pendaftar Hakmilik
    • Pentadbir Tanah
    • Peguambela dan Peguam Cara.
    • Penyaksi Awam (Notary Public).


    Bagi permohonan pindahmilik tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.

    Seksyen 211, 436 & 436A KTN

     

    Tindakan selepas menyempurnakan borang 14A

    i. Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 14A dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem 

    ii. Membuat bayaran cukai setem di Pejabat Pemungut Duti Setem 

    iii. Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan

    • Borang 14A yang lengkap.
    • Resit Cukai Tanah semasa.
    • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian bersama surat akuan hakmilik hilang.
    • Surat kebenaran PBN jika berkaitan
    • Surat Kebenaran Pemegang Kaveat/ Pemegang gadaian jika berkaitan
    • Suratkuasa Wakil jika berkaitan
    • Borang DS.01 ( Borang Penyerahan Dokumen)
    • Borang DS.05 ( Borang Butir-butir Pembeli dan Penerima)
    • Borang Taksiran Duti Setem (PDS 14- 1(Pin.9/99)
    • Perintah Mahkamah jika berkaitan.
    • Sesalinan Undang-undang Tubuh (Syarikat/Pertubuhan).
    • Bayaran-bayaran yang ditetapkan.
     

    Penyerahan hakmilik(geran) dikembalikan

    Penyerah akan dimaklumkan setelah nama pemilik baru didaftarkan di dalam hakmilik berkaitan.

     

    Bayaran

    Pembelian Borang 14A

    RM 3 satu set

    Penyaksian Borang 14A

    RM 5 satu penyaksian

    Pendaftaran : 

    Suratkuasa Wakil Baru 

    Suratkuasa Wakil Daftar 



    RM 100 satu suratkuasa 

    RM 50 satu suratkuasa

    Bayaran pendaftaran Lewat selepas 3 bulan dari tarikh penyaksian

    Diganda mengikut bayaran pendaftaran Borang 14A tertakluk kepada maksima 5 kali ganda


    Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah seperti kadar yang ditetapkan dalam jadual di bawah:- 

    JUMLAH NILAIAN (RM)

    KADAR

    0-30,000

    50

    30,001-50,000

    80

    50,001-100,000

    150

    100,001-150,000

    250

    150,001-200,000

    300

    200,001-250,000

    350

    250,001-300,000

    400

    300,001-500,000

    0.15%

    500,001 ke atas

    0.20%

    Bayaran Tambahan Kepada Bukan Warganegara Malaysia ( 1 Hakmilik )

    5,000

     

    Kuasa Melulus

    Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. 

    Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.

     

    Peringatan

    Had umur penerima pindahmilik mestilah 18 tahun ke atas.

    Seksyen 43 KTN


    Bagi tanah pertanian bahagian yang hendak di pindahmilik mestilah tidak kurang daripada 1 ekar(0.404686 hektar), atau kurang daripada 1 ekar (0.404686 hektar) jika dari bahagian yang tidak dipecahkan.

    Seksyen 205(3) KTN

     

    Contoh Borang dan dokumen

    • Borang 14A
    • Resit Cukai Tanah Semasa
    • Borang DS.01
    • Borang DS.05

    Seksyen 97 & 100 KTN

    Print   Email

    splwpk-search-function="splwpk-search-function"