Sinar Harian Perak : 31 Ogos 2020 : 159 saman Op Ambang Merdeka di Taiping

TAIPING - Sebanyak 159 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Bersepadu Ambang Merdeka yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di Taman Tasik Taiping dan Jalan Ipoh-Butterworth, malam tadi.

Kesemua saman berkenaan hasil pemeriksaan ke atas 140 motosikal dan 20 kereta bermula jam 9 malam hingga 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan melibatkan tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, tiada insurans kenderaan dan penunggang tidak mempunyai lesen.

"Hasil pemeriksaan itu, polis telah menyita empat motosikal dan dua kereta untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi disertai dua pegawai dan 10 anggota itu turut menjalankan pemeriksaan ke atas 215 individu.

"Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

Print   Email

splwpk-search-function="splwpk-search-function"