Permohonan Tukar Syarat Tanaman Kepada Tanaman Yang Lain Secara Individu/Berkelompok
|
|
|
|
Penerangan ringkas
|
Tukar syarat tanaman ialah menukar syarat sesuatu jenis tanaman kepada tanaman yang lain.
Contoh : Tanaman GETAH ditukar kepada KELAPA SAWIT.
Seksyen 124 KTN
|
|
Pemohon yang layak
|
Pemilik Tanah (Perseorangan / Syarikat / Perbadanan) atau Pemegang Suratkuasa Wakil.
|
|
Borang yang digunakan
|
Borang Permohonan Tukar Syarat boleh didapati di mana-mana Pejabat Tanah.
|
|
Cara memohon
|
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :-
- Satu salinan dokumen hakmilik keluaran
- Satu salinan resit cukai tanah semasa
- Satu salinan kad pengenalan
- Surat persetujuan bagi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah
- Satu salinan sijil carian rasmi hakmilik berkenaan
- Permohonan daripada syarikat hendaklah disertakan dengan Undang-Undang Tubuh, senarai Ahli Lembaga Pengarah (Borang 49) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat, Penyata Pembahagian Saham (Borang 24) dan Perpindahan Saham (Borang 32A) yang disahkan oleh syarikat yang memohon.
|
|
Bayaran
|
Permohonan
|
RM 20 satu hakmilik
|
Endosan / Catatan
|
RM 30 satu hakmilik
|
Lain-lain bayaran
|
seperti dalam borang 7G
|
|
|
Kuasa Melulus
|
- Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
- Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
|
|
Tindakan selepas permohonan diluluskan
|
- Pemohon akan diberitahu mengenai kelulusan dan syarat-syarat berserta dengan notis dalam borang 7G.
- Tempoh kelulusan ialah tiga (3) bulan daripada tarikh notis diterima.
- Jika dipersetujui, pemohon diminta menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan dalam borang 7G.
|
|
Tukar syarat berkuatkuasa
|
- Setelah endosan dibuat di dalam hakmilik berkenaan.
- Dokumen Hakmilik Keluaran diserahkan kepada pemohon.
|
|
Peringatan
|
Pelanggaran syarat secara berterusan boleh mengakibatkan tanah dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Seksyen 130 KTN
|
|
Contoh borang
|
- Borang Permohonan Tukar Syarat
- Notis dalam Borang 7G
- Menyerahkan Dokumen Hakmilik Keluaran
|
Seksyen 97 & 100 KTN
|