Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
.
Untuk makluman semua, Jabatan Farmasi Hospital Seri Manjung dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Manjung menawarkan Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu mulai 30 Mac 2020 (Isnin). Perkhidmatan ini akan dibuka sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
.
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mengambil ubat susulan di Farmasi Pesakit Luar, Hospital Seri Manjung.
.
Sebelum menggunakan Perkhidmatan Pandu Lalu pesakit perlu membuat temujanji melalui SMS/Whatsapp
.
SMS/Whatsapp perlu dihantar 2 hari bekerja sebelum mengambil ubat di kaunter pandu lalu. Tunggu maklum balas daripada Pihak Farmasi untuk tarikh dan waktu pengambilan ubat.
.
No. SMS/Whatsapp: 010-3824485/011-37035384 (Mohon untuk menghantar SMS/Whatsapp pada salah satu nombor sahaja)
.
Lokasi Farmasi Pandu Lalu: Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.
.
Waktu operasi:
Isnin - Jumaat
9.00 a.m - 4.00 p.m
.
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00p.m - 2.30p.m
Jumaat: 12.15 p.m - 2.45 p.m
.
Terima kasih.
.
JABATAN FARMASI
HOSPITAL SERI MANJUNG
.

Print   Email

splwpk-search-function="splwpk-search-function"