9 Julai 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Manjung hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Cawangan Perak (Chief Government Security Office-CGSO). Lawatan ini turut disebut sebagai Lawatan Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Encik Mohd Daniel bin Jalal, Penolong Pengarah Keselamatan dan Encik Idros bin Ko, Pembantu Keselamatan.
.
Lawatan kerja ini disambut oleh pengurusan tertinggi jabatan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Manjung, Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori dan diberi taklimat ringkas mengenai  Maklum Balas Inspektorat dan Tindakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung seterusnya membawa mereka melawat persekitaran pejabat.
 





-Webmaster-


Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"