Perak Today : 3 Jun 2018 : Jumlah mangsa banjir di Perak menurun

IPOH:Bilangan mangsa banjir di Perak menurun kepada 87 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah, setakat 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah mangsa menurun berbanding 161 orang daripada 46 keluarga dilaporkan malam semalam.

“Terkini bagi Daerah Kerian satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak bagaimanapun tiada lagi mangsa dilaporkan ditempatkan disitu,” kata sumber.

Manakala di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu kini menempatkan 87 mangsa iaitu daripada 30 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Terdahulu, sebanyak 12 pusat pemindahan banjir melibatkan seluruh kawasan terjejas telah ditutup sepenuhnya.

Cetak