Berita Harian : 12 November 2020 : COVID-19: 919 kes baharu dicatatkan hari ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatat sebanyak 919 kes baharu setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini kepada 43,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 996 kes pulih pula direkodkan hari ini, sekali gus jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 32,069 kes atau73.2 peratus.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,419 kes.

Katanya, Sabah mencatatkan sebanyak 319 kes (34.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

"Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 224 kes (24.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan manakala Negeri Sembilan pula mencatat 240 kes (26.1 peratus) dengan 236 kes daripadanya adalah daripada kluster sedia ada.

"Sebanyak 13 kes atau 1.4 peratus yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara membabitkan Kluster Penjara Seberang Perai iaitu 12 kes dan Kluster PTS Tawau ada satu kes," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"