Program Gerbang Hartanah Perak

Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menganjurkan program “GERBANG HARTANAH PERAK 2015” pada 29 dan 30 Ogos 2015 bertempat di Amanjaya Convention Centre, Hotel Casuarina, Meru Ipoh, Perak.

Program selama dua hari ini akan menggandingkan pakar-pakar hartanah terkenal Malaysia seperti Azizi Ali, Faizul Ridzuan, Azizul Ali Ahmad dan Abang Abu @ Mekanik Wang yang akan berkongsi ilmu serta tips-tips kepada para peserta. Jangan lepaskan peluang bagi mendekati pasangan selebriti popular tanah air, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang akan memeriahkan program tersebut.

Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung antaranya cabutan nombor bertuah, pertandingan mewarna kanak-kanak, ’face painting’, ’sand art’ dan pertunjukkan silap mata oleh Mr Jaja The Clown.

Jom ramai-ramai memeriahkan suasana sambil memperoleh tips paling berkesan dalam pemilikan hartanah di Perak. #gerbanghartanahperak.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
 

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"