Permohonan Pindahmilik Tanah
|
|
|
|
Penerangan ringkas
|
Pindahmilik tanah ialah memindahkan hak pemilikan tanah dari pemilik semasa kepada pemilik baru sama ada melalui pemberian kasih sayang, jual beli tanah atau Perintah Mahkamah.
|
|
Borang yang digunakan
|
Permohonan pindahmilik tanah hendaklah menggunakan Borang 14A yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.
Seksyen 215 KTN
|
|
Permohonan pindahmilik jika ada sekatan kepentingan
|
Perlu mendapatkan kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Permohonan dikemukakan kepada :
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
- Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
|
|
Permohonan pindahmilik kepada bukan warganegara
|
Perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri(PBN) kecuali tanah kategori industri.
Seksyen 433BKTN
|
|
Cara mengisi borang 14A
|
Segala maklumat dalam Borang 16N boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman.
Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-
- Majistret
- Pengarah Tanah dan Galian
- Pendaftar Hakmilik
- Pentadbir Tanah
- Peguambela dan Peguam Cara.
- Penyaksi Awam (Notary Public).
Bagi permohonan pindahmilik tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
Seksyen 211, 436 & 436A KTN
|
|
Tindakan selepas menyempurnakan borang 14A
|
i. Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 14A dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem
ii. Membuat bayaran cukai setem di Pejabat Pemungut Duti Setem
iii. Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan
- Borang 14A yang lengkap.
- Resit Cukai Tanah semasa.
- Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian bersama surat akuan hakmilik hilang.
- Surat kebenaran PBN jika berkaitan
- Surat Kebenaran Pemegang Kaveat/ Pemegang gadaian jika berkaitan
- Suratkuasa Wakil jika berkaitan
- Borang DS.01 ( Borang Penyerahan Dokumen)
- Borang DS.05 ( Borang Butir-butir Pembeli dan Penerima)
- Borang Taksiran Duti Setem (PDS 14- 1(Pin.9/99)
- Perintah Mahkamah jika berkaitan.
- Sesalinan Undang-undang Tubuh (Syarikat/Pertubuhan).
- Bayaran-bayaran yang ditetapkan.
|
|
Penyerahan hakmilik(geran) dikembalikan
|
Penyerah akan dimaklumkan setelah nama pemilik baru didaftarkan di dalam hakmilik berkaitan.
|
|
Bayaran
|
Pembelian Borang 14A
|
RM 3 satu set
|
Penyaksian Borang 14A
|
RM 5 satu penyaksian
|
Pendaftaran :
Suratkuasa Wakil Baru
Suratkuasa Wakil Daftar
|
RM 100 satu suratkuasa
RM 50 satu suratkuasa
|
Bayaran pendaftaran Lewat selepas 3 bulan dari tarikh penyaksian
|
Diganda mengikut bayaran pendaftaran Borang 14A tertakluk kepada maksima 5 kali ganda
|
Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah seperti kadar yang ditetapkan dalam jadual di bawah:-
JUMLAH NILAIAN (RM)
|
KADAR
|
0-30,000
|
50
|
30,001-50,000
|
80
|
50,001-100,000
|
150
|
100,001-150,000
|
250
|
150,001-200,000
|
300
|
200,001-250,000
|
350
|
250,001-300,000
|
400
|
300,001-500,000
|
0.15%
|
500,001 ke atas
|
0.20%
|
Bayaran Tambahan Kepada Bukan Warganegara Malaysia ( 1 Hakmilik )
|
5,000
|
|
|
Kuasa Melulus
|
Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.
|
|
Peringatan
|
Had umur penerima pindahmilik mestilah 18 tahun ke atas.
Seksyen 43 KTN
Bagi tanah pertanian bahagian yang hendak di pindahmilik mestilah tidak kurang daripada 1 ekar(0.404686 hektar), atau kurang daripada 1 ekar (0.404686 hektar) jika dari bahagian yang tidak dipecahkan.
Seksyen 205(3) KTN
|
|
Contoh Borang dan dokumen
|
- Borang 14A
- Resit Cukai Tanah Semasa
- Borang DS.01
- Borang DS.05
|
Seksyen 97 & 100 KTN
|