Berita

Pemberitahuan Pegawai Baru dan Pertukaran Keluar & Masuk Pegawai / Kakitangan

Bil Nama Gred Dari Tarikh Kuatkuasa
Ke
1. Cik Sharifah Noor Ima binti Syed Ariffin
N11 Lantikan Baharu
1 Februari 2018
Pembantu Operasi
Bahagian Khidmat Pengurusan
2. Encik Azuri bin Abdul Rani
N11

PDT Manjung
15 Februari 2018
Pembantu Operasi
JKR Daerah Manjung
3. Encik Mat Ridzuan bin Abd Samat
H11 PDT Manjung 19 Februari 2018
Pembantu Awam
JKR Daerah Manjung

Cetak   Emel

Program Jelajah YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Beruas

Pada 2 Mac 2018 telah diadakan program Jelajah YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Beruas. Antara program yang terlibat adalah Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Berak. Mesyuarat ini diadakan di Pejabat Pertanian Cawangan Beruas. YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip selaku Pegawai Daerah Manjung telah membentangkan isu semasa Parlimen Beruas. Isu-isu tersebut telah dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut.


Admin
Unit Teknologi Maklumat
5 Mac 2018

Cetak   Emel

23 Februari 2018 : Gotong-royong EKSA


Pada 23 Februari 2018 telah diadakan program Gotong-royong EKSA. Program ini melibatkan Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan juga Bahagian Khidmat Pengurusan.


Terima kasih kepada warga PDT Manjung yang telah melibatkan diri untuk program ini.

Klik di sini untuk melihat gambar.

Admin
Unit Teknologi Maklumat
27 Februari 2018

Cetak   Emel

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017

Pada 20 Februari 2018 bertempat di Dewan Besar, IKM Lumut telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017. Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Haji Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pegawai Daerah Manjung, Ketua-ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong-penolong Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Pejabat Daerah dan Tanah Manjung tahun 2017. Tidak lupa juga kepada YB. Dato' Rashidi bin Ibrahim, ADUN Pasir Panjang yang telah merasmikan majlis ini.

Tahniah juga kepada penerima-penerima bagi Anugerah Keterampilan, Anugerah Khas Pegawai Daerah serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Klik di sini untuk melihat gambar majlis.

Admin
Unit Teknologi Maklumat
21 Februari 2018

Cetak   Emel

Garis Panduan Pengurusan Perbelanjaan Tahun 2018

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk makluman, Pejabat Kewangan Negeri Perak telah mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan Bil. 1 Tahun 2018 mengenai Garis Panduan Pengurusan Perbelanjaan Tahun 2018.
 
Pekeliling ini boleh dimuat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"