Kursus Pengurusan dan Pelupusan Rekod serta Fail

Pada 23 Januari 2018 telah diadakan Kursus Pengurusan dan Pelupusan Rekod serta Fail. Kursus ini diadakan selama dua (2) hari dan ditempatkan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Sebanyak 45 peserta telah menghadiri kursus tersebut.

Antara modul-modul yang terlibat adalah (1) Pengenalan kepada Pengurusan Rekod; (2) Perundangan dan Peraturan dalam Pengurusan Rekod; (3) Klasifikasi Fail; (4) Pewujudan Penawanan dan Penutupan Fail; (5) Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod; (6) Keperluan Bilik Registri dan Bilik Rekod; dan (7) Pelupusan Rekod Awam.

Pada mereka yang hadir, terima kasih kerana memberi kerjasama.


Admin
Unit Teknologi Maklumat
22 Januari 2018

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"