Perak Today : 20 Januari 2018 : Galak Masyarakat Amal Gaya Hidup Sihat-MB Perak


MANJUNG:Masyarakat di negeri ini digalakkan untuk keluar beriadah pada setiap pagi Ahad bagi mengamalkan gaya hidup sihat untuk corak kehidupan lebih baik.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penganjuran program seperti kayuhan santai yang dianjurkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu 1TNB Family Wellness Day merupakan contoh yang baik bagi mengalakkan orang ramai beriadah.

“Kita turut berhadapan masalah untuk mendisiplikan diri kita dengan cara hidup yang sihat, selain mengeratkan silaturahim sesama kita yang penting dalam kehidupan kita.Program begini diharapkan dapat diteruskan dengan laluan yang lebih menarik.


“Aktiviti riadah yang bukan sahaja terhad untuk penglibatan warga TNB, tetapi penyertaan dibuka kepada orang ramai adalah cukup baik untuk menerapkan kehidupan sihat dan mengeratkan silaturahim,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian kayuhan santai anjuran TNB JanaManjung.

Turut hadir Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Shamsul Ahmad dan exco Kerajaan Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin turut kelihatan berkayuh santai bersama Menteri Besar.

Terdahulu seramai 300 peserta menyertai kayuhan santai 1TNB Family Wellness Day iaitu melibatkan laluan sepanjang 25 kilometer dari Pasir Panjang ke Lekir.


Pada program tersebut wakil TNB turut menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berbentuk barang keperluan dan wang tunai kepada empat buah rumah penerima yang kurang berkemampuan.

1TNB Family Wellness Day berlangsung serentak di seluruh Malaysia iaitu kayuhan santai yang bertujuan memupuk cara kehidupan hidup sihat.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"