Perak Today : 18 April 2018 : PM rasmi PR1MA Teluk Intan, umum akan bina UTC dan PPR

TELUK INTAN: Perdana Menteri hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong, dekat sini.

Ketika berucap pada majlis, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata kesemua rumah yang hampir mencecah 1 juta unit itu akan dijual dengan harga di bawah dari harga pasaran sekitar 20 ke 30 peratus.

Difahamkan perumahan tersebut berhampiran dengan tapak projek Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Cawangan Teluk Intan yang sedang berjalan.
Selain itu, beliau juga turut mengumumkan akan membina sebuat Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk daerah ini.

Ujarnya, inisiatif kerajaan tersebut telah memberi manfaat kepada hampir 70 juta rakyat seluruh negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga mengumum akan membina sebuah lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini, bagi menyelesaikan masalah memiliki rumah dalam kalagan penduduk setempat.

Katanya, ia akan dibina sebanyak 500 unit, dan akan melalui dua buah fasa.

“Pembangkang kerap kali menyebarkan berita palsu kononya ekonomi negara bermasalah. Kalau bermasalah, bagaimana UPSI Teluk Intan ini akan jadi kenyataan, yang mana ianya sedang di bina. Dan juga kalau ekonomi tak baik, bagaimana saya mempertimbangkan permohonan projek PR1MA di sini,” katanya.

Dalam masa sama, Najib turut mengingatkan penduduk Teluk Intan agar tidak termakan dengan janji-janji pembangkang yang mana ianya akan menyusahkan kembali rakyat, sebagaimana yang berlaku kepada negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Najib turut menyifatkan sikap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Teluk Intan itu sebagai ‘makhluk yang kasar’ berbanding dengan Ahli Parlimen penggal lalu, Datuk Mah Siew Keong yang kurang bercakap, tetapi sentiasa melakukan kerja pembangunan untuk rakyat.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry.

Cetak