Perak Today : 3 Mei 2018 : Anggota rela diseru sokong kerajaan yang jaga negara, bela nasib mereka

SERI MANJUNG: Setiap anggota rela memainkan peranan penting membantu pasukan keselamatan lain serta kerajaan dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara akan terus terpelihara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha itu harus diteruskan menerusi sokongan pasukan-pasukan rela seluruh negara kepada kerajaan yang sedia ada ini.
“Anggota Rela kena bersama-sama kerajaan dalam menjaga negara, dalam terus memastikan suasana aman dan tenteram.

“Pilihlah sebuah kerajaan yang telah banyak membantu anggota-anggota Rela dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sebuah majis bersama 1,000 anggota Rela Daerah Manjung, di Kampung Dato Seri Kamaruddin, dekat sini, pada Khamis

Turut hadir, isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli; calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Astaka, Teng Keek Soong serta Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"