Perak Today : 20 Mei 2018 : 5 Nelayan warga Myanmar ditahan


LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima orang warga Myanmar, pagi semalam.

Menerusi satu kenyataan yang disiarkan hari ini, bot nelayan tersebut ditahan ketika didapati sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan, kurang 12 batu nautika.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan empat awak-awak warga asing tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen yang dikeluarkan bagi bot tersebut.

“Kesemua mereka berumur antara 22 tahun hingga 43 tahun. Bot bersama tekong dan awak – awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh untuk siasatan lanjut,” tulis kenytaan tersebut.

Dalam pada itu, APMM Perak turut menegaskan akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan di perairan negara bagi memastikan penurunan peratusan kesalahan laut selain tidak berkrompromi terhadap mana-mana vesel yang melanggar undang-undang.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"