Perak Today : 23 Mei 2018 : MB Perak Umum Portfolio Exco Kerajaan Negeri Perak, Rombak PBT dan Ketua Kampung

IPOH:Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengumumkan senarai 10 portfolio ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak setelah mempengerusikan mesyuarat exco pertama di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan tidak berniat untuk menghapuskan segala perkara yang telah dilaksanakan namun akan cuba memperbaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat kelak.
10 portfolio tersebut menyaksikan Ahmad Faizal yang juga merangkap Menteri Besar akan mengalas tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan,Tanah, Badan Berkanun (GLC),Sumber Asli dan Perancang Ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri,Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan (Asmuni Awi); Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerajaan Tempatan,Pengangkutan Awam,Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu (Yong Choo Kiong); Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,Infrastruktur,Pertanian dan perladangan (Abdul Yunus Jamahri).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor (Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin); Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Alam Sekitar,Teknologi Hijau dan Penerangan (Dr Abdul Aziz Bari); Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Hal Ehwal Pengguna,Masyarakat Sivil,Integrasi Nasional dan Sumber Manusia (A.Sivanesan); Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah,Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Masyarakat (Wong May Ing).

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian dan kebudayaan (Tan Kar Hing); Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia,NGO dan Pembangunan Koperasi (Hasnul Zulkarnain Abd Munaim) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Pembangunan Modal Insan (Howard Lee Chuan How).

Turut diumumkan perlantikan bagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik sebelum ini akan ditamatkan serta merta manakala bagi jawatan ketua kampung diteruskan sehingga 30 Jun 2018.

“Lantikan baru akan dibuat dalam masa terdekat manakala kemudahan awam seperti dewan orang ramai sebagainya yang dikawal selia oleh ketua kampung akan diambil alih oleh pejabat daerah atau pejabat penghulu.

“Majlis Mesyuarat negeri juga hari ini juga telah bersetuju perkara utama akan laksanakan ialah memberi fokus kepada tawaran atau manifesto Pakatan Harapan Negeri Perak yang telah dipersetujui menjadi agenda utama pemerintahan PH kini di Perak.

Mengulas mengenai status penjawat awam, jelas Faizal Pakatan Harapan tidak mengamalkan sebarang dikrisminasi yakin hubungan penjawat awam dan pentabiran baru akan berjalan dengan baik.

“Penjawat awam lantikan politik akan diperhalusi kerana bukan semuanya lantikan melalui politik terlibat seperti guru kemas, guru agama kita tidak akan bertindak menekan atau bertindak zalim terhadap mana-mana pihak namun semua sedia maklum apabila lantikan politik apabila wadah tidak diterima oleh rakyat secara etika tanpa perlu sebarang tindakan akan meletakkan jawatan mereka,” katanya.

Katanya pembubaran melibatkan agensi dibawah kerajaan negeri juga akan dibincangkan namun sekiranya agensi ditubuhkan terdahulu telah beri manfaat pada rakyat Kerajaan negeri akan meneruskannya dan memperbaikinya.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"