Perak Today : 30 Mei 2018 : Pentadbiran PKNP, SADC, MB Inc bakal dirombak

Menteri Besar, Ahamd Fazial Azumu berkata GLC yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak (SADC) serta Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).

“Saya telah ambil tindakan dengan membekukan akaun mereka buat sementara,dan juga telah bertindak dengan melakukan forensik audit serta bakal melihat perundingan-perundingan mereka sebelum ini.”katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tapah, dekat sini pada Rabu.
Walau bagaimanapun, Ahmad Faizal menjelaskan bahawa pendekatan tersebut adalah bersifat ‘bedah siasat’ secara teliti dan bukannya dilakukan dengan secara tergesa-gesa.

Tambah Ahmad Faizal, beliau telah melaksanakan tindakan-tindakan berkenaan sebaik sahaja memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak malah ianya turut senada dengan saranan Ketua Umum Pakatan Harapan,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada perkembangan sama, beliau juga menyambut baik bantuan sara hidup seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, siang tadi di Putrajaya.