Perak Today : 24 Disember 2018 : MAPS pentaskan Teater Muzikal Hantu Kak Limah

IPOH- Buat julung kalinya taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) mempersembahkan teater muzikal Hantu Kak Limah (HKL) yang bakal ditayangkan pada 24 hingga 31 Desember ini.

Pihak pengurusan teater muzikal HKL berkata, teater kali ini memberi banyak perbezaan berbanding filem HKL itu sendiri.

Turut hadir semasa tayanan perdana Hantu Kak Limah The Musical, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Pengarah Eksekutif MAPS Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor.

Mohamed Shafeii turut mengulas bahawa, pementasan teater muzikal ini merupakan usaha daripada Mamat Khalid sebagai pengarah bagi memaju dan memberi keutamaan kepada negeri Perak.

“Pihak MAPS harap teater muzikal ini dapat menjadi satu daya tarikan disamping Rumah Hantu The Sacred Riana.

“Kami juga berharap 398 kerusi di sini dapat dipenuhkan setiap kali tayangan diadakan terutamanya kepada rakyat Ipoh kerana mereka tidak perlu ke Istana Budaya untuk menonton pementasan teater seperti ini,” katanya dalam satu sidang media malam ini.

Teater muzikal ini merupakan arahan daripada pengarah tersohor Hantu Kak Limah iaitu Mamat Khalid.

Antara artis yang terlibat dalam pementasan teater ini adalah Hazama yang memegang watak utama, Aziz M Osman, Miera Leyana, Ropie Cecupak, Joey dan beberapa bakat yang dipilih semasa sesi uji bakat.

Teater ini secara keseluruhannya berkisarkan mengenai perihal penduduk Kampung Pisang yang menjalankan aktiviti pemujaan di kubur hingga menyebabkan Hantu Kak Limah kembali mengganggu penduduk kampung tersebut.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"