Utusan Online : 17 Julai 2019 : Pekerja Bangladesh mati lemas jatuh laut

ANGGOTA bomba membawa naik mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh yang terjatuh ke dalam laut dari sebuah terminal di Teluk Rubiah, Lumut hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar Ihsan Bomba

LUMUT 17 Julai - Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut dari sebuah terminal di Teluk Rubiah di sini hari ini.

Mayat mangsa yang berusia 42 tahun ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 7 malam.

Mangsa dikatakan sedang melakukan kerja di terminal sebelum terjatuh ke dalam laut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismadi Darusman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 1.10 petang.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) sebelum menerima bantuan daripada Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Pulau Pangkor dan agensi lain.

“Pasukan menyelamat menemui mayat lelaki berusia 42 tahun itu di lokasi dia terjatuh,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.28 malam. - UTUSAN ONLINE

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"