EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah diperkenalkan pada Januari 2014. Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010) bagi tujuan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang berimej korporat serta melahirkan idea yang kreatif dan berinovasi. Selain itu juga, EKSA mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan di agensi sektor awam di Malaysia.


EKSA di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung mula diperkenalkan pada 26 Mei 2017 yang diterajui oleh Pegawai Daerah Manjung, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip (D.P.M.P., P.M.P., A.M.P.) serta penyelaras iaitu Puan Laila Mazwin binti Zakaria (A.M.P.). Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah melantik Encik Abdulfitri bin Salleh dari Jabatan Kehakiman Syariah Perak selaku fasilitator EKSA di jabatan ini.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan akan menjadi amalan oleh semua warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sebagai menjenamakan semula dari Amalan 5S untuk keseluruhan zon / bahagian. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga kerja.

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"