Permohonan Tukar Syarat Tanaman Kepada Tanaman Yang Lain Secara Individu/Berkelompok

   
 

Penerangan ringkas

Tukar syarat tanaman ialah menukar syarat sesuatu jenis tanaman kepada tanaman yang lain. 

Contoh : Tanaman GETAH ditukar kepada KELAPA SAWIT.

Seksyen 124 KTN

 

Pemohon yang layak

Pemilik Tanah (Perseorangan / Syarikat / Perbadanan) atau Pemegang Suratkuasa Wakil.

 

Borang yang digunakan

Borang Permohonan Tukar Syarat boleh didapati di mana-mana Pejabat Tanah.

 

Cara memohon

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :-

  • Satu salinan dokumen hakmilik keluaran
  • Satu salinan resit cukai tanah semasa
  • Satu salinan kad pengenalan
  • Surat persetujuan bagi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah
  • Satu salinan sijil carian rasmi hakmilik berkenaan
  • Permohonan daripada syarikat hendaklah disertakan dengan Undang-Undang Tubuh, senarai Ahli Lembaga Pengarah (Borang 49) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat, Penyata Pembahagian Saham (Borang 24) dan Perpindahan Saham (Borang 32A) yang disahkan oleh syarikat yang memohon.
 

Bayaran

Permohonan

RM 20 satu hakmilik

Endosan / Catatan

RM 30 satu hakmilik

Lain-lain bayaran

seperti dalam borang 7G

 

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
 

Tindakan selepas permohonan diluluskan

  • Pemohon akan diberitahu mengenai kelulusan dan syarat-syarat berserta dengan notis dalam borang 7G.
  • Tempoh kelulusan ialah tiga (3) bulan daripada tarikh notis diterima.
  • Jika dipersetujui, pemohon diminta menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan dalam borang 7G.
 

Tukar syarat berkuatkuasa

  • Setelah endosan dibuat di dalam hakmilik berkenaan.
  • Dokumen Hakmilik Keluaran diserahkan kepada pemohon.
 

Peringatan

Pelanggaran syarat secara berterusan boleh mengakibatkan tanah dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 130 KTN

 

Contoh borang

  • Borang Permohonan Tukar Syarat
  • Notis dalam Borang 7G
  • Menyerahkan Dokumen Hakmilik Keluaran

Seksyen 97 & 100 KTN

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"