Permohonan Menarik Balik Kaveat Persendirian

   
 

Penerangan ringkas

Menarik balik Kaveat Persendirian ialah melepaskan segala sekatan atau halangan yang telah dimasukkan oleh pengkaveat di atas hakmilik berkaitan.

 

Borang yang digunakan

Permohonan menarik balik Kaveat Persendirian hendaklah menggunakan borang 19G yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.

Seksyen 325 KTN

 

Cara mengisi borang 19G

Segala maklumat dalam Borang 19G boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public)
 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 19G

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • Borang 19G yang lengkap.
  • Bayaran yang ditetapkan.
 

Kesan penarikan balik kaveat persendirian

Apabila penarikan balik Kaveat Persendirian didaftarkan, segala sekatan dan halangan ke atas urusniaga terbatal.

 

Bayaran

Pembelian Borang 19G

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 19G

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran Penarikan Balik Kaveat

RM 200 satu Hakmilik

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Daftar



RM 50 satu suratkuasa

 

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
 

Contoh borang dan dokumen

Borang 19G

Seksyen 97 & 100 KTN

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"