PENERANGAN RINGKAS
Kaveat Persendirian bertujuan untuk menyekat atau menghalang mana-mana tanah daripada sebarang urusniaga.

BORANG YANG DIGUNAKAN
Permohonan memasukkan Kaveat Persendirian hendaklah menggunakan borang 19B yang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Tanah.
Seksyen 323 KTN

CARA MENGISI BORANG 19B

  • Segala maklumat dalam Borang 19B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas.
  • Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan antaranya seperti berikut :- 
    - Majistret 
    - Pengarah Tanah dan Galian 
    - Pendaftar Hakmilik 
    - Pentadbir Tanah 
    - Peguambela dan Peguam Cara. 
    - Penyaksi Awam (Notary Public)
  • Kaveat bagi hakmilik Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu mesti diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
  • Alasan-alasan kemasukan kaveat hendaklah dicatatkan di para 2 borang 19B.
  • Sertakan surat akuan yang diakusaksi oleh Majistret/ Pesuruhjaya Sumpah.
TINDAKAN SELEPAS MENYEMPURNAKAN BORANG 19B

Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • Borang 19B yang lengkap
  • Surat akuan yang lengkap
  • Surat perjanjian jika perlu
  • Bayaran yang ditetapkan
Kaveat persendirian berkuatkuasa apabila didaftarkan.

BAYARAN

Pembelian Borang 19B

RM 3 satu set

Penyaksian Borang 19B

RM 5 satu penyaksian

Pendaftaran Kaveat

RM 150 satu Hakmilik

Pendaftaran : 

Suratkuasa Wakil Daftar



RM 50 satu suratkuasa


KUASA MELULUS
  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik.
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.
PERINGATAN
  • Had umur pengkaveat mestilah 18 tahun ke atas.
  • Tempoh kaveat berkuatkuasa selama 6 tahun.
 

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"