PENERANGAN RINGKAS
Gadaian merupakan satu urusniaga apabila Pemilik Tanah atau Pemegang Pajakan menyerahkan Hakmilik kepada orang / badan lain sebagai jaminan keselamatan bayaran balik sesuatu pinjaman, anuiti atau mana-mana bayaran bertempoh dan wujud apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

BORANG YANG DIGUNAKAN
Permohonan menggadai tanah hendaklah menggunakan 2 set Borang 16A atau 16B yang boleh dibeli di mana - mana Pejabat Tanah.

Seksyen 242 KTN


JIKA ADA SEKATAN KEPENTINGAN

Perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

Permohonan dikemukakan kepada:-

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
CARA MENGISI BORANG 16N

Segala maklumat dalam Borang 16A/16B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana - mana pegawai atau orang yang disenaraikan antaranya seperti berikut :-

  • Majistret
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguam Cara.
  • Penyaksi Awam (Notary Public).

Bagi permohonan mengadai tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 16A/16B mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah. 

Seksyen 211, 436 & 436A KTN

TINDAKAN SELEPAS MENYEMPURNAKAN BORANG 16A / 16B

a) Melekatkan setem hasil RM 10 di atas Borang 16A/16B dan dimatikan di Pejabat Pemungut Duti Setem. 

b) Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • 2 set borang 16A/16B yang lengkap.
  • Lampiran Perjanjian Pinjaman.
  • Resit cukai tanah semasa.
  • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian/sambungan bersama surat akuan hakmilik hilang.
  • Surat kebenaran PBN jika berkaitan.
  • Surat kebenaran Pemegang Kaveat jika berkaitan
  • Suratkuasa Wakil jika berkaitan
  • Borang DS 01 (Borang Penyerahan Dokumen)
  • Bayaran yang ditetapkan kecuali gadaian kepada Perbendaharaan Malaysia
Proses gadaian selesai apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

BAYARAN

Borang Jadual 1A

RM 2

Pembelian Pelan

RM 20

Bayaran Permohonan

RM 50

Kerja-kerja Memperenggan Kawasan

RM 150 bagi satu hektar atau kurang (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)


KUASA MELULUS
Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. 

Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.
 

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"