PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Penubuhan PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (Pi1M) ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar.

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (Pi1M) diwujudkan bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat orang kampung.
   
Senarai Pusat Internet 1Malaysia

1.    Sitiawan
Alamat : No. 62, Jalan Desa 4, Taman Desa Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak
Website : sitiawan.pi1m.my

2.    Lekir
Alamat :    Pusat Internet 1Malaysia, Dewan Kemas Lama, Batu 14 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak
Website : lekir.pi1m.my

3.    Pengkalan Bharu
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia, Jalan Pengkalan Baru, Pengkalan Baru, 34900 Pantai Remis, Perak
4.    Pangkor
Alamat : Pusat Internet 1Malaysia Pulau Pangkor, Perpustakaan Awam Pulau Pangkor, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Senarai Pusat Sumber Setempat

5.    Beruas
Alamat : Pejabat Penghulu Mukim Beruas, 32700 Beruas Perak

6.    Lumut
Alamat : Pejabat Penghulu Mukim Lumut, Teluk Muroh, 32200 Lumut Perak

Cetak   Emel

splwpk-search-function="splwpk-search-function"