Polisi e-Penyertaan

Dasar E-Penyertaan
Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif E-Penyertaan
Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Kajian Kepuasan Pelanggan Secara Online, Maklum Balas / Cadangan, Undian, E-mel dan Media Sosial Pejabat Daerah dan Tanah Manjung iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tags: e-Penyertaan

Cetak